Thursday, December 22, 2011

Masalah Sampah Di Kuala Sepetang

22 December, Kuala Sepetang: Penduduk Kampung Baru, K Sepetang sering merungut bahawa pihak Majlis Perbandaran Taiping membuat kutipan sampah tidak mengikut jadual. Jika diikutkan jadual yang ditetapkan pihak Majlis Perbandaran iaitu harus mengutip sampah 3 kali seminggu. Namun malangnya, tidak seperti dijangka kerana ada kalanya dalam seminggu pihak MPT langsung tidak mengutip sampah.

Oleh kerana tempat pembuangan sampah ini diletakkan dibahu jalan utama ke Pekan Kuala Sepetang, hal ini menyebabkan sesiapa sahaja yang melalui jalan ini pasti akan bau sampah. Aduan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng kepada  En Mustaffar Ketua Penyelaras Bahagian Sampah MPT yang kebetulan hadir pada proses kutipan sampah dilakukan.

Menurut En Mustaffar, beliau berjanji kepada YB Tai Sing Ng bahawa akan pastikan kutipan sampah akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi YB Tai Sing Ng, beliau berharap En Mustaffar dapat mengotakan janjinya agar memastikan kutipan sampah dijalankan mengikut jadual. En Mustaffar juga mengucapkan terima kasih kepada YB Tai Sing Ng diatas keprihatinan beliau yang sanggup turun padang memastikan masalah penduduk Kuala Sepetang diselesaikan.

YB Tai Sing Ng juga meminta kepada rakyat bahawa jika ada  perkara-perkara lain masalah rakyat yang gagal diselesaikan pihak berkuasa tempatan diharap dapat membuat aduan kepada pihaknya di Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang yang terletak di Pekan Kuala Sepetang atau Tel 05-858 1945. Untuk Maklumat, Pejabat akan dibuka pada jam 10 pagi- 5 Petang.

Wednesday, December 21, 2011

YB Tai Buka Kaunter Bantuan Rakyat RM500


Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng(Kanan) telah membuka kuanter agihan bantuan RM500 di Pejabatnya Pusat Khidmat Adun K Sepetang yang terletak di Pekan K Sepetang.

Menurut Adun  Kuala Sepetang, Tujuan beliau membuka kuanter itu adalah demi kemudahan penduduk di kawasannya mendapatkan borang bantuan rakyat RM500. Dengan adanya kuanter ini ia akan memudahkan rakyat yang berada dikawasanya sekitar DUN K Sepetang datang ke Pejabat bagi memdapatkan borang bantuan rakyat RM500 ini. 

Menurut YB Tai Sing Ng lagi, Beliau juga merancang jika perlu akan turut membuka kaunter ini di setiap pasar malam sekitar DUN K Sepetang. 

Setelah mengisi borang, rakyat boleh hantar borang tersebut di Pejabat saya di Pekan Kuala Sepetang untuk pengumpulan, Dan borang tersebut akan diserahkan oleh saya sendiri ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Oleh itu, Kepada rakyat yang layak mohon bantuan ini tertapi masih belum mengisi borang bantuan ini mereka boleh datang ke Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang di Pekan Kuala Sepetang atau datang ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Taman Molek, 2 ½, Simpang. Untuk maklumat, Pejabat saya akan dibuka pada jam 10 pagi- 5 petang. Jika saya tiada di pejabat, pekerja saya sedia melayan anda.

Menurut YB Tai Sing Ng juga, Beliau tidak kisah walaupun bantuan ini diuruskan oleh Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional tapi beliau tetap membuka kaunter ini kerana beliau merasakan tanggunjawabnya sebagai wakil rakyat. Tak kiralah sama ada apa jua fahaman Politik, saya akan pastikan rakyat  yang layak memohon bantuan ini mendapat bantuan rakyat RM500 ini.

Friday, December 16, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Cabang Bkt Gantang


Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang Bagi Pihak Keadilan Cabang B Gantang menjemput seluruh rakyat Malaysia ke Rumah Terbuka Aidilfitri pada 11 Sept 2011 di Taman Moleh, Simpang, Masa 8 Malam.

Sunday, August 28, 2011

YB Tai turun Kg Sg Petai 2 hari sebelum raya


Mejelang Syawal yang bakal menjelma 2 hari lagi. Pagi tadi, YB Tai bersama beberapa AJK Cabang Bukit Gantang telah turun padang memasuki Kg Sungai Petai, Changkat Jering. Tujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

Terima Kasih daun keladi kepada YB Tai Sing Ng. Semoga dengan kehadiran anda menbuatkan penerima sumbangan bersyukur menjelang Aidilfitri.

Monday, August 22, 2011

Sekitar Majlis Berbuka Puasa YB Tai


Taman Mewah, 19 Ogos : Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahaad Tahfiz Ibnur Sinar pada jumaat. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Srikandi Keadilan Malaysia Cik Siti Aishah Sheik Ismail. 

Majlis yang pada asal jadual berlangsung di Markas Pas Taman Mewah terpaksa berpindah ke Rumah No 15, Lorong 19, Taman Mewah atas sebab yang tidak dapat dielakkan berlaku pada saat akhir sebelum majlis. 

Walaupun hujan lebat, majlis tetap dimeriahkan dengan kehadiran hampir 65 orang tetamu dari penduduk sekitar Taman Mewah dan Taman Palma . 

Pengisian majlis pada petang itu, dimulakan dengan ucapan dari YB Tai Sing Ng dan ucapan daripada cik Siti Aishah. Kemudian disusuli dengan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan sumbungan kepada 5 keluarga tidak berkemampuan. Sementara menungu waktu berbuka, tetamu telah diperdengarkan bacaan ayat suci al-quran daripada salah seorang pelajar Mahaad Tahfiz Ibnur Sinar.

Apapun, penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis tersebut.

 YB Tai dan Cik Siti Aishah sempat bergambar bersama pelajar Mahaad tahfiz Ibnur Sinar

 YB Tai menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran En Wan Hassan di Kg Kurnia Jaya

 Tetamu diperdengarkan bacaan ayat suci al quran


Thursday, August 18, 2011

YB Tai anjur majlis berbuka puasa petang esok



YB Tai Sing Ng Adun Kuala Sepetang akan menanjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Mahaad Tahfiz Ibnu Sinar petang esok di Markas Pas Taman Mewah, Jalan Mewah, Taman Mewah, Kamunting. Program ini hasil kerjasama KeADILan Rating Taman Mewah dan Pas Cawangan Taman Mewah. 

Program dianjurkan secara kecil-kecillan sahaja. Justeru, YB Tai menjemput semua ahli Jawatankuasa Cabang/AMK/Wanita Keadilan Bukit Gantang untuk hadir memeriahkan Majlis berbuka puasa petang esok. Sebarang pertanya sila hubungi 017-5598674(En Faisal).

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum-belumnya.





Thursday, August 4, 2011

Marilah kita beramal pada bulan mulia ini


Marilah kita rebut peluang menderma di bulan Ramadhan ini dengan menghulur derma kepada Tabung Prihatin Keadian Cabang Bukit Gantang .

Jika anda ingin menberi sumbangan anda boleh memasukkan sumbangan anda itu ke akaun Keadilan Bukit Gantang Hong Leong Bank 115 00026 41 1 atau telefon Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Sepetang 05-8581945 atau anda boleh datang sendiri ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek,Simpang.

Sumbangan anda itu akan digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Bukit Gantang. Semoga kita Ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelum-sebelumnya.

Monday, June 27, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Mai pakat dengaq Ceramah


Timbalan Presiden yang baru merangkap Ahli Parlimen Gombak iaitu YB Azmin Ali bakal berprogram di Bukit Gantang pada hari Ahad ini.

Untuk sebarang pertanya atau pengesahan tempat boleh hubungi En Faisal Zainal(017-5598674) atau En Khairul Azman 012-2863617

Wednesday, May 18, 2011

Minum Petang Bersama Nurul Izzah


Program berkonsepkan santai dengan jamuan petang dan diselang seli dengan dialog bersama tetamu ini akan diadakan di restoran sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Izzah telahpun mengesahkan kehadiran pada program ini.

Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh sayap Wanita Keadilan Bukit Gantang ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk setiap tetamu.

Tiket akan mula dijual pada 9hb Mei 2011 di pejabat Keadilan Bukit Gantang No 5 Lorong 1 Taman Molek Simpang. Atau boleh berhubung dengan En Thanga untuk maklumat lanjut Tel 012-75657594.

Ceramah Lagi

Penceramah yang telah mengesahkan kedatangan untuk program ini ialah Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani,Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia dan Dr Muhamad Nur Manuty Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Perak.

Untuk sebarang pertanya atau pengesahan tempat boleh hubungi En Faisal Zainal(017-5598674) atau En Khairul Azman 012-2863617

Monday, April 25, 2011

不齿国阵再循环承诺 民联提10项质询抨占比里没有诚意




(太平25日讯)霹雳州州务大臣占比里昨日拜访十八丁,所捎来的三项‘好消息’被抨击为没有诚意兼且再循环的承诺。

十八丁区州议员戴成银的政治秘书刘德海今日联合行动党十八丁支部主席蔡长山抨击大臣昨日拜访十八丁的举动宣传的意味大过于认真聆听人民的声音,而且所宣布的三项‘好消息’已经确定为再循环的宣传工具。

蔡长山表示,他收到许多居民的反映,大臣只是蜻蜓点水式的逗留,居民对于大臣没有预备接受居民的对话,反映困境等表示不满,因此,大臣这次的莅临完全无法表现出诚意,居民的下情也无法上达。

刘德海则指出,大臣此次的莅临,宣传意味远远超越诚意的会见居民,而且,由再循环的宣传手法可以看出,占比里在这次拜访之前完全没有准备要真正给十八丁居民带来任何实际的帮助,如果是这样的话,相信下一次占比里再度到来也不会受到欢迎。

因此,刘德海及蔡长山针对于三项‘好消息’提出了10道相关疑问,并要求国阵切勿再次愚弄十八丁居民:

培英华小操场

1.       培英华小操场地段在民联掌权时,已经进入与森林局协调的阶段,而后在武吉甘当补选时已经被国阵大力宣传该地段被批准作为学校操场,此时展示宪报,纯粹是再循环的宣传功绩。
2.       民联欣慰操场地段没有涉及两户住宅,但同时要提出质询,当初规划地段时是否忽略这两所住宅的存在?

新芭十年临时地契

1.       如果国阵有诚意实践‘人民优先’的口号,就应该大方宣布发出十八丁新芭的永久地契,因为这才是十八丁居民世代以来的殷切盼望。而这次宣布一次过批准十年地契又是另外一项再循环的‘糖果’,因为这正是武吉甘当补选时所承诺的,随后却没有实现。
2.       临时地契的其中一个条文明确列明,任何时候政府要征用地段,居民在不获得赔偿以及规定的时限内必须搬空,所以临时地契基本上只是画饼充饥,完全没有居住保障,也不符合居民的愿望。
3.       新芭炭窑路一带的居民感觉混乱,因为一些住户之前归土地局管辖,在去年被划入铁道局地段,这次再在归土地局,一来一往导致居民白白花费地契申请费,至今仍然对于地契申请存有疑惑。
4.       纵观整个十八丁,民联要求解答究竟十八丁还有多少住户不符合缴交临时地契的资格?

铁道局路段

1.       由后廊至十八丁一带,涉及铁道局与州政府协议的地段将获得地契,是什么样的地契?永久?临时?
2.       占比里表示这些路段获得地契后将需缴付费用,但是并未阐明缴付什么费用,价格若干?
3.       涉及铁道局地段的农业地是否也一样将获得地契,以便农夫得以继续耕种为生,或者已经改换成住宅地段;假设已经改换住宅地段,是什么人从中得利?
4.       铁道局地段是否保留给原本居住的居民?因为已经有迹象显示,一些涉及铁道局地段居民的土地被侵犯;而部分也变成政府保留地,如果因此而被逼迁,渔民将面临有船无处停泊的窘境。

图文解说:
十八丁区州议员戴成银的助理费沙(左起),刘德海及蔡长山表示不欢迎大臣来十八丁愚弄村民。

Tuesday, April 12, 2011

Perak Benam Ego Kelantan


BARAT harimau terluka, Perak tampil tanpa belas ehsan apabila membelasah Kelantan 4-0 dalam persaingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Sebelum memulakan aksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, skuad Kejor Yob Kejor itu tersentak seketika apabila tumpas 1-2 kepada Sabah (Sabtu lalu), sekali gus memadamkan rekod tanpa kalah mereka dalam kempen liga.
Justeru, skuad bimbingan Norizan Bakar itu cuba melupakan kedukaan tersebut dengan mempamerkan persembahan menarik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Perak tidak perlu menunggu lama untuk mendahului pasukan pelawat apabila rembatan kencang Mohd. Fazrul Hazli pada minit kelima menerjah gawang Kelantan.
Penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli terlepas peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ketujuh apabila percu- baannya sekadar melewati palang gol.
Perak semakin garang mengasak kubu lawan sehingga menyebabkan barisan pertahanan Kelantan terpaksa berkubu di kawasan sendiri.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa bekerja keras menghalang percubaan berbahaya daripada Akmal dan Mohd. Shafiq Jamal.
Lebih 18,000 penyokong Perak kembali bersorak keriangan apabila Shafiq menambah gol kedua pada minit ke-26.
Gol itu bermula daripada hantaran yang dilakukan oleh Akmal dari sebelah kiri pintu gol Kelantan sebelum Shafiq mudah menolak bola ke gawang Kelantan.
Sebaik babak kedua bermula, Perak terus bernafsu memburu gol.
Kedudukan Perak semakin kukuh apabila rembatan Akmal ke penjuru kanan Kelantan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi pada minit ke-78.
Pemain gantian, Razali Umar Kandasamy menambah gol keempat Perak setelah memperdaya dua pertahanan Kelantan pada lewat perlawanan.

Monday, April 11, 2011

Perak intai benam Kelantan di gelanggang sendiri


IPOH - Pertemuan dua pasukan kelompok atas Liga Super Selasa ini antara Perak menentang Kelantan di Stadium Perak dijangka akan menyajikan  saingan sengit daripada kedua-dua pasukan.
Rekod tanpa kalah anak buah Norizan Bakar lebur pada hujung minggu lalu ekoran kekalahan 2-1 kepada Sabah di Stadium Likas, ia sekaligus merentap moral dan  motivasi skuad Seladang tersebut.
Menanti kunjungan skuad Red Warriors bukan satu tugas muda buat Perak, menyedari hakikat tersebut Norizan pastinya mahukan aksi terbaik dan bertenaga  daripada para pemainnya untuk mendapatkan hasil yang positif pada pertemuan tersebut.
"Ia satu misi yang sukar kerana Kelantan bukan sebuah pasukan yang mudah dijinakkan.
"Misi kami pastinya mengekang dan beraksi sebaik mungkin bagi mengekang kehebatan para pemain Kelantan nanti," ujar Norizan.
Namun harus diingat Perak boleh disifatkan sebagai kebal di laman sendiri termasuk gah memilki rekod pertahanan terbaik Liga Super dengan hanya dibolosi  sebanyak lima kali sahaja setakat ini.
Namun bagi pengendali Perak, Norizan menyatakan rekod tidak memainkan peranan penting dalam misi untuk meraih tiga mata ke atas Kelantan.
Malah norizan percaya anak didiknya kini tekad kembali bangkit selepas kekecewaan tumpas kepada Sabah tempoh hari.
"Kekalahan lalu membakar semangat pemain untuk memperbaiki aksi semasa mereka. Kami bermain baik walaupun tewas kepada Sabah, tetapi menentang Kelantan esok  pasti lebih istimewa buat kami di dalam memburu tiga mata penting," tambah Norizan lagi.
Berbeza dengan kelantan, The Red Warriors lebih digeruni kerana memiliki jentera serangan yang cukup berbisa.
Mana tidaknya, selepas mengharungi 10 perlawanan skuad kendalian Datuk M. Karathu itu sudah menjaringkan 24 gol.
Namun, Karathu mengharapkan agar anak didiknya  beraksi lebih sebagai satu unit yang mantap dalam misi melebar jurang pendahulu di persada liga.
"Kami berada pada tahap terbaik sekarang, tetapi bagi saya jaminan untuk kemenangan lebih kepada aksi berpasukan," kata Karathu.
Sepanjang 4 pertemuan sejak 2009, Kelantan mempunyai kelebihan menang 3 perlawanan.
Kali terakhir dua pasukan ini bertemu ialah pada Jun 2010, Kelantan menang 2-0 ke atas Perak.
Siaran langsung perlawanan Perak menentang Kelantan akan disiarkan di Astro ARENA 801 pada selasa ini bermula jam 8.30 malam.
(Dipetik Dari Media Sukan)

Sunday, April 10, 2011

Celaka Punya Wartawan


Wartawan Paling Bodoh


Tahniah kepada DSAI kerana pandai menjawab dan menghentam wartawan celaka ini.Polis tak keluarkan arahan dia pulak pandai soal siasat.

Esok Adalah Hari Persidangan DUN Perak Setelah Ditangguhkan

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April lepas telah ditunda ke 12 April. 
Notis mengenainya telah dihantar oleh Speaker Haram  R Ganeson kepada semua wakil rakyat.


Speaker Haram R Ganeson tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan menanguhkan sidang dun ini.Ramai menjangkan inilah motif untuk menhalang Adun Adun Pakatan Rakyat daripada berkempen untuk Piliharanraya Dun Serawak.


Apapun kita nanti sidang Dun Perak ini esok

Wednesday, April 6, 2011

Taib Jangan Bebankan Rakyat Sarawak

Senarai calon pilihan raya Sarawak

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)

2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)

3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164



N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)

2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)

2. Wong King Wei (DAP)

3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)

2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)

3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)

2. Ong Chung Siew (PKR)

3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226

N039: REPOK: SARAWAK: 18,481

1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)

2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576

N040: MERADONG: SARAWAK: 15,337


1. Ling Kie King (BN-SUPP)

2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)

2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926 

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)

2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)

2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197 

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)

2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)

3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726

N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244


1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)

2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287 

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225


1. Chiew Chiu Sing (DAP)

2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799

N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)

2. Michael Ding Tuah (Bebas)

3. Gerang ak Dagom (PKR)

4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623


1. Harrison Ngau Laing (PKR)

2. Kebing Wan (SNAP)

3. Jok Ding (Bebas)

4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771
N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)

2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983


1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)

2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

Tuesday, April 5, 2011

Phaholyothin Road Bukan di K.Lumpur Tetapi di Siam

Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!

Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.

Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
“Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

“Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakamCCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.

Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.

Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

sila lihat 2 gambar di bawah;

Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.

Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;


Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ? 

Sumber : Sili Klik Dibawah

edyesdotcom: Phaholyothin Road Bukan di K.Lumpur Tetapi di Bang...:

Sunday, March 27, 2011

Ceramah Isu Panas

PENCERAMAH


Badrul Hisham Shahiran(Chegu Bard)


YB Firdaus Jaafar(Ahli Parlimen Jerai)

Bertempat di Markas Changkat Ibul,Changkat Jering,Taiping.Pas Bukit Gantang akan mengadakan ceramah penerangan isu panas pada 29 Mac jam sembilan malam.

Antara penceramahnya ialah Chegu Bard(SAMM) dan YB Firdaus jaafar(Ahli Parlimen Jerai).

Jom ramai-ramai kita meluangkan masa untuk mendengar ceramah ini.

DatoT & Anwar Conspiracy

Tuesday, March 1, 2011

Terima Kasih NoorHazrul




Penyokong Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada NoorHazrul pemain pertahanan kiri Perak kerana berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma cantik pada minit 86 bagi menyelamatkan maruah Perak daripada dimalukan pasukan bawah 21 Negara (Harimau Muda A) semalam.


Perak harus menyalahkan diri sendiri kerana mempamerkan aksi tidak bertenaga pada separuh masa pertama sehingga mereka ketinggalan pada 0-1 pada separuh masa pertama.


Separuh masa kedua Perak mula mengandakan asakan demi asakan hasilnya Perak berjaya menperolehi sepakan percuma di depan kotak penalti hasil bola terkena tangan pemain Harimau Muda A K Gurusamy.


Peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh NoorHazrul untuk mendapatkan gol penyamaan.Keputusan berakhir dengan seri 0-0.


Monday, February 28, 2011

Peluang Menjadi Polis



PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL LELAKI SIRI 1/2011 DI DALAM PDRM.

Berminat?Sila  Pergi  ke IPD anda untuk mengambil borang.Sila bawa bersama sijil SPM untuk    pemeriksaan.

Hiburan Cara Islam-Ustaz Azhar Idrus

 Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Part 5