Tuesday, March 1, 2011

Terima Kasih NoorHazrul




Penyokong Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada NoorHazrul pemain pertahanan kiri Perak kerana berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma cantik pada minit 86 bagi menyelamatkan maruah Perak daripada dimalukan pasukan bawah 21 Negara (Harimau Muda A) semalam.


Perak harus menyalahkan diri sendiri kerana mempamerkan aksi tidak bertenaga pada separuh masa pertama sehingga mereka ketinggalan pada 0-1 pada separuh masa pertama.


Separuh masa kedua Perak mula mengandakan asakan demi asakan hasilnya Perak berjaya menperolehi sepakan percuma di depan kotak penalti hasil bola terkena tangan pemain Harimau Muda A K Gurusamy.


Peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh NoorHazrul untuk mendapatkan gol penyamaan.Keputusan berakhir dengan seri 0-0.


No comments:

Post a Comment