Thursday, December 22, 2011

Masalah Sampah Di Kuala Sepetang

22 December, Kuala Sepetang: Penduduk Kampung Baru, K Sepetang sering merungut bahawa pihak Majlis Perbandaran Taiping membuat kutipan sampah tidak mengikut jadual. Jika diikutkan jadual yang ditetapkan pihak Majlis Perbandaran iaitu harus mengutip sampah 3 kali seminggu. Namun malangnya, tidak seperti dijangka kerana ada kalanya dalam seminggu pihak MPT langsung tidak mengutip sampah.

Oleh kerana tempat pembuangan sampah ini diletakkan dibahu jalan utama ke Pekan Kuala Sepetang, hal ini menyebabkan sesiapa sahaja yang melalui jalan ini pasti akan bau sampah. Aduan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng kepada  En Mustaffar Ketua Penyelaras Bahagian Sampah MPT yang kebetulan hadir pada proses kutipan sampah dilakukan.

Menurut En Mustaffar, beliau berjanji kepada YB Tai Sing Ng bahawa akan pastikan kutipan sampah akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi YB Tai Sing Ng, beliau berharap En Mustaffar dapat mengotakan janjinya agar memastikan kutipan sampah dijalankan mengikut jadual. En Mustaffar juga mengucapkan terima kasih kepada YB Tai Sing Ng diatas keprihatinan beliau yang sanggup turun padang memastikan masalah penduduk Kuala Sepetang diselesaikan.

YB Tai Sing Ng juga meminta kepada rakyat bahawa jika ada  perkara-perkara lain masalah rakyat yang gagal diselesaikan pihak berkuasa tempatan diharap dapat membuat aduan kepada pihaknya di Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang yang terletak di Pekan Kuala Sepetang atau Tel 05-858 1945. Untuk Maklumat, Pejabat akan dibuka pada jam 10 pagi- 5 Petang.

Wednesday, December 21, 2011

YB Tai Buka Kaunter Bantuan Rakyat RM500


Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng(Kanan) telah membuka kuanter agihan bantuan RM500 di Pejabatnya Pusat Khidmat Adun K Sepetang yang terletak di Pekan K Sepetang.

Menurut Adun  Kuala Sepetang, Tujuan beliau membuka kuanter itu adalah demi kemudahan penduduk di kawasannya mendapatkan borang bantuan rakyat RM500. Dengan adanya kuanter ini ia akan memudahkan rakyat yang berada dikawasanya sekitar DUN K Sepetang datang ke Pejabat bagi memdapatkan borang bantuan rakyat RM500 ini. 

Menurut YB Tai Sing Ng lagi, Beliau juga merancang jika perlu akan turut membuka kaunter ini di setiap pasar malam sekitar DUN K Sepetang. 

Setelah mengisi borang, rakyat boleh hantar borang tersebut di Pejabat saya di Pekan Kuala Sepetang untuk pengumpulan, Dan borang tersebut akan diserahkan oleh saya sendiri ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Oleh itu, Kepada rakyat yang layak mohon bantuan ini tertapi masih belum mengisi borang bantuan ini mereka boleh datang ke Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang di Pekan Kuala Sepetang atau datang ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Taman Molek, 2 ½, Simpang. Untuk maklumat, Pejabat saya akan dibuka pada jam 10 pagi- 5 petang. Jika saya tiada di pejabat, pekerja saya sedia melayan anda.

Menurut YB Tai Sing Ng juga, Beliau tidak kisah walaupun bantuan ini diuruskan oleh Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional tapi beliau tetap membuka kaunter ini kerana beliau merasakan tanggunjawabnya sebagai wakil rakyat. Tak kiralah sama ada apa jua fahaman Politik, saya akan pastikan rakyat  yang layak memohon bantuan ini mendapat bantuan rakyat RM500 ini.

Friday, December 16, 2011