Wednesday, May 30, 2012

Jambatan Kuala Sepetang: Pejabat Daerah dan JKR Taiping Wajib Umumkan Pelan Pencerobohan Bangunan Terlibat


Kenyataan akhbar
29hb Mei 2012

Jambatan Kuala Sepetang: Pejabat Daerah dan JKR Taiping Wajib Umumkan Pelan Pencerobohan Bangunan Terlibat

Taiping – ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng menggesa dua pihak yang terlibat dalam Projek Pembinaan Jambatan Kuala Sepetang-Kampung Seberang, iaitu JKR Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, membentangkan projek tersebut kepada penghuni-penghuni yang terlibat, secara terbuka, kerana projek tersebut melibatkan kepentingan awam komuniti Kuala Sepetang.

Walaupun pihak JKR sudah hantar jurutera dan penasihat rundingan turun ke Kuala Sepetang dalam bulan March 2012 untuk meninjau kawasan terlibat dalam projek, Tai mendapati, sehingga hari ini, kedua-dua pihak Pejabat Daerah dan JKR masih enggan mengemukakan seberapa banyak bangunan penghuni Kuala Sepetang yang akan terlibat dalam pencerobohan demi projek pembinaan jambatan.

“Pada 17hb Mei, Pejabat Daerah menampal notis pencerobohan 7 hari di tangki diesel dekat titi pengkalan utama, yang merupakan tapak jambatan baru, tanpa menyatakan bangunan mana yang terlibat. Ini hanya menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan penghuni,” kata Tai.

Tai pernah menghubungi Pegawai Daerah lalu diberitahu bahawa pihak JKR lah yang bertanggungjawab dalam projek jambatan itu. Namun, ketika Tan Bok Li, pemilik Syarikat Hai Tat Nelayan yang menerima notis pencerobohan yang bertarikh 8hb Mei 2012, merujukkan kesnya kepada JKR, pihak JKR pula menolak surat Tan yang meminta gantirugi pencerobohan.

“Pihak JKR memberitahu saya bahawa projek pembinaan jambatan tersebut adalah di bawah kuasa Pejabat Daerah. Ini memeng mengelirukan saya,” adu Tan kepada Tai.

Oleh sebab itu, Tai pun membuat surat kepada Jurutera Daerah JKR agar mengatur perjumpaan dengan beliau dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin, selaku wakil rakyat. Sehingga kini, belum ada balasan.

Ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang April 2009, kerajaan Negeri Perak Barisan Nasional telahpun berjanji membina sebuah jambatan konkrit, menyambungkan Pekan Kuala Sepetang dengan Kampung Seberang. Sebanyak 2,000 penghuni masih tinggal di Kampung Seberang. Mereka menaiki bot bagi berulang-alik dari kampung mereka ke Kuala Sepetang dan pergi ke Bandar Taiping.

Kontraktor: Pejabat Daerah Taiping Tidak Meluluskan Pemohonan Doket Pemindahan Pasir Sungai Larut


Kenyataan akhbar
29hb Mei 2012

Kontraktor: Pejabat Daerah Taiping Tidak Meluluskan Pemohonan Doket Pemindahan Pasir Sungai Larut


Taiping – Pasir sungai yang dikorek dari dasar Sungai Larut sepatutnya dipindah ke tempat yang dapat mempergunakan bahan sumber asli ini. Namun, seorang kontraktor kawasan Matang menghadapi masalah apabila Pejabat Daerah dan Tanah Taiping tidak meluluskan pemohonan doket pengeluaran pasir sejak lesen pemindahan pasir sungainya diluluskan sejak 10 bulan lepas.

Ketika meneliti masalah banjir kilat di kawasan Matang-Teluk Kertang-Bagan, ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng mendapati usaha pengorekan pasir Sungai Larut memang dijalankan di sepanjang Sungai Larut. Namun, beliau terjumpa longgokkan pasir sungai yang dibiarkan di tepi sungai dekat dengan kampung Teluk Kertang.

Apabila bertemu dengan pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan, Tai diadu bahawa kontraktor tersebut sudah memohon pemberian doket lesen pengeluaran pasir sungai daripada Pejabat Daerah dan Tanah Taiping sejak dulu lagi. Sehingga hari ini, tiada doket diluluskan kepada Oh Seok Onn untuk memindahkan longgokan pasir sungai tersebut.

“Saya memperolehi perjanjian kontrak yang ditugaskan untuk mendalamkan Kuala Sungai Larut di Teluk Kertang, bertarikh 21hb Julai 2011. Barisan pekerja saya telah menghisapkan pasir sungai dari dasar Sungai Larut mengikut peraturan dalam perjanjian. Pasir tersebut tidak dapat dipindah keluar daripada tebing Sungai Larut tanpa doket yang sah,” kata Oh.

“Pasir yang dibiarkan di tebing sungai akan jatuh kembali ke dalam dasar Sungai Larut, jika Pejabat Daerah tidak mengeluarkan doket kepada kontraktor yang memiliki lesen pengeluaran pasir sungai. Ini satu punca utama kenapa pihak berkuasa tidak berjaya mengatasi masalah banjir kilat kawasan Matang ini,” tegas Tai.

Tai akan merujukkan kes ini kepada pihak yang bertanggungjawap untuk menyelesaikan masalah yang tidak patut berlaku ini, ketika semua pihak sedang bertungkus-lumus mengatasi masalah banjir kilat sepanjang lembah Sungai Larut-Sungai Jebong.

Tuesday, January 17, 2012

Masalah Longkang Di Pekan Kuala Sepetang



Kuala Sepetang 17 Januari  :  Penduduk kuala sepetang sering mengeluh bahawa longkang sekitar kuala sepetang sering kali tersumbat dan hal ini sudah tentu menyebabkan penduduk berasa tidak selesai.

Perkara ini juga sering dibawakan oleh penduduk kepada pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakan sepatutnya. Namun, masalah masih tidak langkah pencegahan diambil oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah ini.


Pihak Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang mengambil berat akan hal ini dan bersedia berkerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk ini.

Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang berharap menjelang perayaan tahun baru cina yang bakal tiba tidak lama lagi. Diharap pihak berkuasa tempatan dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Sunday, January 15, 2012

Mohon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bertindak

Adun Kuala Sepetang Bersama Pegawai Khasnya menunjukkan  rumput yang panjang yang tidak dipotong
Kuala Sepetang 16 Januari 2012 :  Penduduk Kampung Menteri Kuala Sepetang sering merugut bahawa rumput telah panjang meliputi jalan utama yang digunakan seharian oleh penduduk kampung.

Penduduk kampung telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempat namun masih tidak ada tindakan diambil. Setelah tiada tindakan dari pihak berkuasa tempatan, Penduduk Kampung Menteri telah mengadukan aduan yang sama kepada wakil rakyat mereka iaitu ADUN Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng untuk tindakan susulan.


Perihatin dengan masalah rakyat, YB Tai Sing Ng telah melawat tempat yang dimaksudkan dan mengesahkan bahawa memang benar tentang perkara yang telah diadukan penduduk kepadanya. Melihat kepada keadaan dimana rumput yang telah panjang meliputi jalan, Penduduk bimbang jika ada  ular telah bersarang di dalam semak itu. Hal ini, membahawakan penduduk kampung yang melalui jalan itu sekiranya benar andainya mereka bahawa ular telah bersarang di dalam semak itu.

Oleh itu, YB Tai Sing Ng gesa satu tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Thursday, January 12, 2012

Para Peniaga R&R Taiping Mohon Jalan Baru

Jalan Utama Yang Digunakan Oleh Peniaga R&R Taiping Seharian
Simpang 13 Januari : "Suka atau tidak ini saja lah jalan yang ada untuk kami gunakan sepanjang hari". Itulah keluhan yang diluahkan oleh salah seorang Hentian R&R Taiping yang mahu dikenali sebagai En Salleh Bin Mat Zain.


Para peniaga Hentian R&R Taiping telah mengadukan masalah yang mereka hadapi ke Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng. Pejabat Pusat telah melawat kawasan tersebut dan mengesahkan perlunya kerja-kerja penurapan jalan baru dijalankan bagi memudahkan para peniaga berulang ulik dari rumah ke tempat niaga.

Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang berjanji akan membawa  masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan.



Tuesday, January 10, 2012

Persiapan Akhir UMNO Bkt Gantang Nak Sambut PM Rosmah

Banting yang digantung di jalan utama dari  C Jering ke Simpang 
Kontraktor Sedang Menurap Jalan Di Pekan Changkat Jering  hingga  ke Pekan  Simpang
Pelik jugak jalan masih elok dan boleh digunakan tapi tiba-tiba  saja dituran baru. Patutlah, rupanya ada udang di sebalik mee.

Tujuannya, tidak lain tidak bukan adalah persiapan Umno Bkt Gantang bagi menyambut kehadiran PM Datin Seri Rosmah Mansor bersama isterinya Dato Seri Najib Razak ke Parlimen Bkt Gantang jumaat ini.

Saya menulis bukan mahu cerita kehadiran PM Rosmah ke Parlimen Bkt Gantang, Tapi mahu mengatakan saya sebenarnya terkejut apabila dengan tiba-tiba jalan yang elok diturap hanya kerana kehadiran PM Rosmah. Sungguh dasyat sambutan UMNO Bkt Gantang terhadap PM mereka itu.

Monday, January 9, 2012

Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang Dibaik Pulih



Ketika ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng mengunjungi Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, pada 29hb Dis tahun lepas, kayu balau yang ditempah oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak baru tiba. Kontraktor sedang memperbaiki boardwalk atau pelantar kayu yang sepanjang 1.5 km dengan kayu-kayu baru ini.

Menurut jawapan Dewan Undangan Negeri Perak kepada soalan Tai pada 21hb Nov 2011, Jabatan Perhutanan telah melantik kontraktor pada 1 Jun dengan peruntukkan kos RM 433 ribu dan kerja pembaikan pelantar kayu telah mencapai 80%. Dewan Negeri menjawap sebahagian pelantar kayu sudah dibuka kepada pengunjung dan dijangka boleh dibuka sepenuhnya pada awal tahun 2012.

Namun, kontraktor Zulkifli memberitahu Tai, bahawa agak sukarnya untuk kerja pembaikan siap sepenuhnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Dengan pertimbangkan penambahan lampu pelantar untuk kunjungan hutan paya bakau pada waktu malam, Zulkifli menganggar pamasangan lampu hanya boleh dilakukan selepas kerja pembaikan pelantar siap semua.

Sejak 2010, pelantar kayu Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang didapati rosak teruk. Ia menyebabkan ribuan pengunjung, samaada dalam negeri atau luar negeri, sangat kecewa ketika tidak dapat menghayati flora dan fauna paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia, yang keluasannya menjangkaui Daerah Kerian, Daerah Larut Matang, hingga ke Manjung ini.

Dari pemerhatian Tai, sebahagian boardwalk memang sudah dibuka, kerana kayunya tidak rosak, namun kebanyakan daripadaboardwalk hanya tertinggal tiang-tiang konkrit. “Pelantar sebegini belum bersedia dibuka sepenuhnya kepada para awam,” tegas Tai.

“Orang awam mengunjungi Paya Bakau Matang kerana lingkaran pelantar 1.5 km yang sempurna. Pelawat-pelawat luar negara hanya akan berasa bangga jika mereka berpeluang mengunjungi khazanah hutan Malaysia kita yang sudah termasyhur dengan 150 jenisspesies burung monsun yang bersinggah sini dari luar negara.”

Pada tahun 2004, sebanyak RM3 juta telah digunakan untuk membina Pusat Eko-Pelajaran di dalam Hutan Simpanan Paya Bakau Laut. Ia merupakan salah satu daripada 10 fokus pembangunan pelancongan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Perak.

Tai berulas, “Saya berharap kerja penjagaan pelantar kayu akan dipertingkatkan. Ini bukan untuk pelancongan sahaja. Khazanah hutau bakau ini banyak memberi sumber penyelidikan dengan penyediaan tapak perkemahan yang banyak terbazir sejak kerosakkan pelantar 2 tahun lepas, kerana langsung tidak dapat digunakan.”