Monday, January 9, 2012

Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang Dibaik Pulih



Ketika ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng mengunjungi Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, pada 29hb Dis tahun lepas, kayu balau yang ditempah oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak baru tiba. Kontraktor sedang memperbaiki boardwalk atau pelantar kayu yang sepanjang 1.5 km dengan kayu-kayu baru ini.

Menurut jawapan Dewan Undangan Negeri Perak kepada soalan Tai pada 21hb Nov 2011, Jabatan Perhutanan telah melantik kontraktor pada 1 Jun dengan peruntukkan kos RM 433 ribu dan kerja pembaikan pelantar kayu telah mencapai 80%. Dewan Negeri menjawap sebahagian pelantar kayu sudah dibuka kepada pengunjung dan dijangka boleh dibuka sepenuhnya pada awal tahun 2012.

Namun, kontraktor Zulkifli memberitahu Tai, bahawa agak sukarnya untuk kerja pembaikan siap sepenuhnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Dengan pertimbangkan penambahan lampu pelantar untuk kunjungan hutan paya bakau pada waktu malam, Zulkifli menganggar pamasangan lampu hanya boleh dilakukan selepas kerja pembaikan pelantar siap semua.

Sejak 2010, pelantar kayu Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang didapati rosak teruk. Ia menyebabkan ribuan pengunjung, samaada dalam negeri atau luar negeri, sangat kecewa ketika tidak dapat menghayati flora dan fauna paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia, yang keluasannya menjangkaui Daerah Kerian, Daerah Larut Matang, hingga ke Manjung ini.

Dari pemerhatian Tai, sebahagian boardwalk memang sudah dibuka, kerana kayunya tidak rosak, namun kebanyakan daripadaboardwalk hanya tertinggal tiang-tiang konkrit. “Pelantar sebegini belum bersedia dibuka sepenuhnya kepada para awam,” tegas Tai.

“Orang awam mengunjungi Paya Bakau Matang kerana lingkaran pelantar 1.5 km yang sempurna. Pelawat-pelawat luar negara hanya akan berasa bangga jika mereka berpeluang mengunjungi khazanah hutan Malaysia kita yang sudah termasyhur dengan 150 jenisspesies burung monsun yang bersinggah sini dari luar negara.”

Pada tahun 2004, sebanyak RM3 juta telah digunakan untuk membina Pusat Eko-Pelajaran di dalam Hutan Simpanan Paya Bakau Laut. Ia merupakan salah satu daripada 10 fokus pembangunan pelancongan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Perak.

Tai berulas, “Saya berharap kerja penjagaan pelantar kayu akan dipertingkatkan. Ini bukan untuk pelancongan sahaja. Khazanah hutau bakau ini banyak memberi sumber penyelidikan dengan penyediaan tapak perkemahan yang banyak terbazir sejak kerosakkan pelantar 2 tahun lepas, kerana langsung tidak dapat digunakan.”

1 comment:

  1. Boardwalk sudah siap sempena hari hutan sedunia pada 21 Mac 2012. Jumpa YB di sana... petang

    ReplyDelete