Thursday, December 22, 2011

Masalah Sampah Di Kuala Sepetang

22 December, Kuala Sepetang: Penduduk Kampung Baru, K Sepetang sering merungut bahawa pihak Majlis Perbandaran Taiping membuat kutipan sampah tidak mengikut jadual. Jika diikutkan jadual yang ditetapkan pihak Majlis Perbandaran iaitu harus mengutip sampah 3 kali seminggu. Namun malangnya, tidak seperti dijangka kerana ada kalanya dalam seminggu pihak MPT langsung tidak mengutip sampah.

Oleh kerana tempat pembuangan sampah ini diletakkan dibahu jalan utama ke Pekan Kuala Sepetang, hal ini menyebabkan sesiapa sahaja yang melalui jalan ini pasti akan bau sampah. Aduan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng kepada  En Mustaffar Ketua Penyelaras Bahagian Sampah MPT yang kebetulan hadir pada proses kutipan sampah dilakukan.

Menurut En Mustaffar, beliau berjanji kepada YB Tai Sing Ng bahawa akan pastikan kutipan sampah akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi YB Tai Sing Ng, beliau berharap En Mustaffar dapat mengotakan janjinya agar memastikan kutipan sampah dijalankan mengikut jadual. En Mustaffar juga mengucapkan terima kasih kepada YB Tai Sing Ng diatas keprihatinan beliau yang sanggup turun padang memastikan masalah penduduk Kuala Sepetang diselesaikan.

YB Tai Sing Ng juga meminta kepada rakyat bahawa jika ada  perkara-perkara lain masalah rakyat yang gagal diselesaikan pihak berkuasa tempatan diharap dapat membuat aduan kepada pihaknya di Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang yang terletak di Pekan Kuala Sepetang atau Tel 05-858 1945. Untuk Maklumat, Pejabat akan dibuka pada jam 10 pagi- 5 Petang.

No comments:

Post a Comment