Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng(Kanan) telah membuka kuanter agihan bantuan RM500 di Pejabatnya Pusat Khidmat Adun K Sepetang yang terletak di Pekan K Sepetang.
Menurut Adun Kuala Sepetang, Tujuan beliau membuka kuanter itu adalah demi kemudahan penduduk di kawasannya mendapatkan borang bantuan rakyat RM500. Dengan adanya kuanter ini ia akan memudahkan rakyat yang berada dikawasanya sekitar DUN K Sepetang datang ke Pejabat bagi memdapatkan borang bantuan rakyat RM500 ini.
Menurut YB Tai Sing Ng lagi, Beliau juga merancang jika perlu akan turut membuka kaunter ini di setiap pasar malam sekitar DUN K Sepetang.
Setelah mengisi borang, rakyat boleh hantar borang tersebut di Pejabat saya di Pekan Kuala Sepetang untuk pengumpulan, Dan borang tersebut akan diserahkan oleh saya sendiri ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Oleh itu, Kepada rakyat yang layak mohon bantuan ini tertapi masih belum mengisi borang bantuan ini mereka boleh datang ke Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang di Pekan Kuala Sepetang atau datang ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Taman Molek, 2 ½, Simpang. Untuk maklumat, Pejabat saya akan dibuka pada jam 10 pagi- 5 petang. Jika saya tiada di pejabat, pekerja saya sedia melayan anda.
Menurut YB Tai Sing Ng juga, Beliau tidak kisah walaupun bantuan ini diuruskan oleh Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional tapi beliau tetap membuka kaunter ini kerana beliau merasakan tanggunjawabnya sebagai wakil rakyat. Tak kiralah sama ada apa jua fahaman Politik, saya akan pastikan rakyat yang layak memohon bantuan ini mendapat bantuan rakyat RM500 ini.
No comments:
Post a Comment