Wednesday, May 30, 2012

Kontraktor: Pejabat Daerah Taiping Tidak Meluluskan Pemohonan Doket Pemindahan Pasir Sungai Larut


Kenyataan akhbar
29hb Mei 2012

Kontraktor: Pejabat Daerah Taiping Tidak Meluluskan Pemohonan Doket Pemindahan Pasir Sungai Larut


Taiping – Pasir sungai yang dikorek dari dasar Sungai Larut sepatutnya dipindah ke tempat yang dapat mempergunakan bahan sumber asli ini. Namun, seorang kontraktor kawasan Matang menghadapi masalah apabila Pejabat Daerah dan Tanah Taiping tidak meluluskan pemohonan doket pengeluaran pasir sejak lesen pemindahan pasir sungainya diluluskan sejak 10 bulan lepas.

Ketika meneliti masalah banjir kilat di kawasan Matang-Teluk Kertang-Bagan, ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng mendapati usaha pengorekan pasir Sungai Larut memang dijalankan di sepanjang Sungai Larut. Namun, beliau terjumpa longgokkan pasir sungai yang dibiarkan di tepi sungai dekat dengan kampung Teluk Kertang.

Apabila bertemu dengan pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan, Tai diadu bahawa kontraktor tersebut sudah memohon pemberian doket lesen pengeluaran pasir sungai daripada Pejabat Daerah dan Tanah Taiping sejak dulu lagi. Sehingga hari ini, tiada doket diluluskan kepada Oh Seok Onn untuk memindahkan longgokan pasir sungai tersebut.

“Saya memperolehi perjanjian kontrak yang ditugaskan untuk mendalamkan Kuala Sungai Larut di Teluk Kertang, bertarikh 21hb Julai 2011. Barisan pekerja saya telah menghisapkan pasir sungai dari dasar Sungai Larut mengikut peraturan dalam perjanjian. Pasir tersebut tidak dapat dipindah keluar daripada tebing Sungai Larut tanpa doket yang sah,” kata Oh.

“Pasir yang dibiarkan di tebing sungai akan jatuh kembali ke dalam dasar Sungai Larut, jika Pejabat Daerah tidak mengeluarkan doket kepada kontraktor yang memiliki lesen pengeluaran pasir sungai. Ini satu punca utama kenapa pihak berkuasa tidak berjaya mengatasi masalah banjir kilat kawasan Matang ini,” tegas Tai.

Tai akan merujukkan kes ini kepada pihak yang bertanggungjawap untuk menyelesaikan masalah yang tidak patut berlaku ini, ketika semua pihak sedang bertungkus-lumus mengatasi masalah banjir kilat sepanjang lembah Sungai Larut-Sungai Jebong.

No comments:

Post a Comment