Wednesday, May 30, 2012

Jambatan Kuala Sepetang: Pejabat Daerah dan JKR Taiping Wajib Umumkan Pelan Pencerobohan Bangunan Terlibat


Kenyataan akhbar
29hb Mei 2012

Jambatan Kuala Sepetang: Pejabat Daerah dan JKR Taiping Wajib Umumkan Pelan Pencerobohan Bangunan Terlibat

Taiping – ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng menggesa dua pihak yang terlibat dalam Projek Pembinaan Jambatan Kuala Sepetang-Kampung Seberang, iaitu JKR Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, membentangkan projek tersebut kepada penghuni-penghuni yang terlibat, secara terbuka, kerana projek tersebut melibatkan kepentingan awam komuniti Kuala Sepetang.

Walaupun pihak JKR sudah hantar jurutera dan penasihat rundingan turun ke Kuala Sepetang dalam bulan March 2012 untuk meninjau kawasan terlibat dalam projek, Tai mendapati, sehingga hari ini, kedua-dua pihak Pejabat Daerah dan JKR masih enggan mengemukakan seberapa banyak bangunan penghuni Kuala Sepetang yang akan terlibat dalam pencerobohan demi projek pembinaan jambatan.

“Pada 17hb Mei, Pejabat Daerah menampal notis pencerobohan 7 hari di tangki diesel dekat titi pengkalan utama, yang merupakan tapak jambatan baru, tanpa menyatakan bangunan mana yang terlibat. Ini hanya menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan penghuni,” kata Tai.

Tai pernah menghubungi Pegawai Daerah lalu diberitahu bahawa pihak JKR lah yang bertanggungjawab dalam projek jambatan itu. Namun, ketika Tan Bok Li, pemilik Syarikat Hai Tat Nelayan yang menerima notis pencerobohan yang bertarikh 8hb Mei 2012, merujukkan kesnya kepada JKR, pihak JKR pula menolak surat Tan yang meminta gantirugi pencerobohan.

“Pihak JKR memberitahu saya bahawa projek pembinaan jambatan tersebut adalah di bawah kuasa Pejabat Daerah. Ini memeng mengelirukan saya,” adu Tan kepada Tai.

Oleh sebab itu, Tai pun membuat surat kepada Jurutera Daerah JKR agar mengatur perjumpaan dengan beliau dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin, selaku wakil rakyat. Sehingga kini, belum ada balasan.

Ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang April 2009, kerajaan Negeri Perak Barisan Nasional telahpun berjanji membina sebuah jambatan konkrit, menyambungkan Pekan Kuala Sepetang dengan Kampung Seberang. Sebanyak 2,000 penghuni masih tinggal di Kampung Seberang. Mereka menaiki bot bagi berulang-alik dari kampung mereka ke Kuala Sepetang dan pergi ke Bandar Taiping.

No comments:

Post a Comment