Monday, August 22, 2011

Sekitar Majlis Berbuka Puasa YB Tai


Taman Mewah, 19 Ogos : Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahaad Tahfiz Ibnur Sinar pada jumaat. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Srikandi Keadilan Malaysia Cik Siti Aishah Sheik Ismail. 

Majlis yang pada asal jadual berlangsung di Markas Pas Taman Mewah terpaksa berpindah ke Rumah No 15, Lorong 19, Taman Mewah atas sebab yang tidak dapat dielakkan berlaku pada saat akhir sebelum majlis. 

Walaupun hujan lebat, majlis tetap dimeriahkan dengan kehadiran hampir 65 orang tetamu dari penduduk sekitar Taman Mewah dan Taman Palma . 

Pengisian majlis pada petang itu, dimulakan dengan ucapan dari YB Tai Sing Ng dan ucapan daripada cik Siti Aishah. Kemudian disusuli dengan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan sumbungan kepada 5 keluarga tidak berkemampuan. Sementara menungu waktu berbuka, tetamu telah diperdengarkan bacaan ayat suci al-quran daripada salah seorang pelajar Mahaad Tahfiz Ibnur Sinar.

Apapun, penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis tersebut.

 YB Tai dan Cik Siti Aishah sempat bergambar bersama pelajar Mahaad tahfiz Ibnur Sinar

 YB Tai menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran En Wan Hassan di Kg Kurnia Jaya

 Tetamu diperdengarkan bacaan ayat suci al quran


No comments:

Post a Comment