Monday, February 28, 2011

Perak Lwn Harimau Muda A malam ini


Malam ini satu lagi pertemuan menarik dalam perlawanan liga super di antara Perak lawan Harimau Muda.Pasukan Seladang tentunya ingin mengekal rekod tanpa kalah manakala pasukan lawan pula yang memiliki kelebihan larian-larian pantas pastinya bersedia membuat serangan balas terhadap kubu Seladang. 

Apa yang  menarik disini, Jurulatih Pasukan Harimau Muda A, Ong Kim Swee pastinya akan memilih tonggak terbaik untuk diturunkan selain memikirkan pemain yang akan menggalas tugas negara dalam pertemuan kelayakan Olimpik 9 Mac ini. Ini kerana Ong pastinya tidak mahu mengambil apa jua risiko yang mendatangkan masalah apabila perlawanan 9 Mac kelak.

Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Sepetang sudah menyokong penuh skuad bola sepak Perak ini.Perlawanan ini juga bakal disiarkan secara langsung oleh Astro Arena.

No comments:

Post a Comment