Wednesday, February 16, 2011

Kuala Sepetang




          Kuala Sepetang merupakan nama asal bagi Port Weld. Kuala Sepetang adalah nama rasmi yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping.
         Tempat yang berhampiran dengannya ialah Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau yang sangat luas. Hutan paya bakau ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang.

Asal Unsul Nama

         Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk Barat. Sinar merah suria di titik horizaon selat melaka boleh menimbulkan nostagia kepada sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya.
          Kuala Sepetang kemudian ditukar nama kepada Port Weld. Menjadi kelaziman pegawai British untuk menamakan sesuatu tempat, bangunan dan jalan raya mengunakan nama sahabat-sahabat mereka dari British. Nama 'Weld' diambil daripada nama Sir Frederick Weld yang telah tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur Taiping sebagai ibu negeri Perak. Ini termasuklah jalan raya, kegiatan industri, perlombongan, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Nama beliau turut diabadikan pada Jalan Weld Road (Jalan Raja Chulan) di Kuala Lumpur. Upper Weld Road di Singapura dan Weld Quay di Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Bridport, Dorset, England pada 9 Mei 1823 dan meninggal dunia di Chideok, New Zealand pada 20 Julai, 1891.

No comments:

Post a Comment