Sunday, August 28, 2011

YB Tai turun Kg Sg Petai 2 hari sebelum raya


Mejelang Syawal yang bakal menjelma 2 hari lagi. Pagi tadi, YB Tai bersama beberapa AJK Cabang Bukit Gantang telah turun padang memasuki Kg Sungai Petai, Changkat Jering. Tujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

Terima Kasih daun keladi kepada YB Tai Sing Ng. Semoga dengan kehadiran anda menbuatkan penerima sumbangan bersyukur menjelang Aidilfitri.

Monday, August 22, 2011

Sekitar Majlis Berbuka Puasa YB Tai


Taman Mewah, 19 Ogos : Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahaad Tahfiz Ibnur Sinar pada jumaat. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Srikandi Keadilan Malaysia Cik Siti Aishah Sheik Ismail. 

Majlis yang pada asal jadual berlangsung di Markas Pas Taman Mewah terpaksa berpindah ke Rumah No 15, Lorong 19, Taman Mewah atas sebab yang tidak dapat dielakkan berlaku pada saat akhir sebelum majlis. 

Walaupun hujan lebat, majlis tetap dimeriahkan dengan kehadiran hampir 65 orang tetamu dari penduduk sekitar Taman Mewah dan Taman Palma . 

Pengisian majlis pada petang itu, dimulakan dengan ucapan dari YB Tai Sing Ng dan ucapan daripada cik Siti Aishah. Kemudian disusuli dengan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan sumbungan kepada 5 keluarga tidak berkemampuan. Sementara menungu waktu berbuka, tetamu telah diperdengarkan bacaan ayat suci al-quran daripada salah seorang pelajar Mahaad Tahfiz Ibnur Sinar.

Apapun, penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis tersebut.

 YB Tai dan Cik Siti Aishah sempat bergambar bersama pelajar Mahaad tahfiz Ibnur Sinar

 YB Tai menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran En Wan Hassan di Kg Kurnia Jaya

 Tetamu diperdengarkan bacaan ayat suci al quran


Thursday, August 18, 2011

YB Tai anjur majlis berbuka puasa petang esok



YB Tai Sing Ng Adun Kuala Sepetang akan menanjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Mahaad Tahfiz Ibnu Sinar petang esok di Markas Pas Taman Mewah, Jalan Mewah, Taman Mewah, Kamunting. Program ini hasil kerjasama KeADILan Rating Taman Mewah dan Pas Cawangan Taman Mewah. 

Program dianjurkan secara kecil-kecillan sahaja. Justeru, YB Tai menjemput semua ahli Jawatankuasa Cabang/AMK/Wanita Keadilan Bukit Gantang untuk hadir memeriahkan Majlis berbuka puasa petang esok. Sebarang pertanya sila hubungi 017-5598674(En Faisal).

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum-belumnya.





Thursday, August 4, 2011

Marilah kita beramal pada bulan mulia ini


Marilah kita rebut peluang menderma di bulan Ramadhan ini dengan menghulur derma kepada Tabung Prihatin Keadian Cabang Bukit Gantang .

Jika anda ingin menberi sumbangan anda boleh memasukkan sumbangan anda itu ke akaun Keadilan Bukit Gantang Hong Leong Bank 115 00026 41 1 atau telefon Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Sepetang 05-8581945 atau anda boleh datang sendiri ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek,Simpang.

Sumbangan anda itu akan digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Bukit Gantang. Semoga kita Ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelum-sebelumnya.