Monday, February 28, 2011

Peluang Menjadi Polis



PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL LELAKI SIRI 1/2011 DI DALAM PDRM.

Berminat?Sila  Pergi  ke IPD anda untuk mengambil borang.Sila bawa bersama sijil SPM untuk    pemeriksaan.

Hiburan Cara Islam-Ustaz Azhar Idrus

 Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Part 5

Akademi Fantasia tetap haram -Ustaz Azhar Idrus

                                  

Perak Lwn Harimau Muda A malam ini


Malam ini satu lagi pertemuan menarik dalam perlawanan liga super di antara Perak lawan Harimau Muda.Pasukan Seladang tentunya ingin mengekal rekod tanpa kalah manakala pasukan lawan pula yang memiliki kelebihan larian-larian pantas pastinya bersedia membuat serangan balas terhadap kubu Seladang. 

Apa yang  menarik disini, Jurulatih Pasukan Harimau Muda A, Ong Kim Swee pastinya akan memilih tonggak terbaik untuk diturunkan selain memikirkan pemain yang akan menggalas tugas negara dalam pertemuan kelayakan Olimpik 9 Mac ini. Ini kerana Ong pastinya tidak mahu mengambil apa jua risiko yang mendatangkan masalah apabila perlawanan 9 Mac kelak.

Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Sepetang sudah menyokong penuh skuad bola sepak Perak ini.Perlawanan ini juga bakal disiarkan secara langsung oleh Astro Arena.

Sunday, February 27, 2011

Ceramah Ketua Umum PKR Di Termeloh,Pahang


Part 1


Part 2



Part 3

Liga Super 2011 = Pahang 0-2 Perak


Perak berjaya mengalahkan pahang dengan jaringan 2 gol tidak terbalas. jaringan telah di buat oleh Shafiq Jamal dan Akmal Rizal Rakhli..

Dengan kemenangan ini, Perak telah mengumpulkan 11 mata dan berada di kedudukan 2 di belakang Kelantan. perak sama mata dengan kelantan, cuma di pisahkan dengan jaringan gol saja.

Tahniah kepada pasukan Perak, semoga tahun ni mereka akan bangkit menjadi kuasa besar dalam liga super seperti waktu dulu.

Malam esok Seladang akan turun bertemu Harimau Muda A di Stadium Ipoh,Perak.Jikalau anda berkesempatan kunjunglah ke stadium untuk menberi sokongan kepada pasukan Perak.Buat anda yang tidak dapat ke Stadium malam esk, Astro Arena ada menyiarkan siaran langsung.

Thursday, February 24, 2011

PRK Merlimau: PAS Pertaruh Yuhaizad


JASIN: Pakatan Rakyat mempertaruhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Pengumuman calon Pakatan Rakyat itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis dekat sini, malam Khamis.
Yuhaizad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin memiliki Diploma Tasawur Islam dijangka berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, pada PRK yang ke-15 sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan serentak dengan pemilihan Kerdau di Pahang.

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia 2 - 0 Pakistan






Gol Pertama


Gol Kedua

SHAH ALAM 24 FEB : Malaysia membawa bekal sedikit selesa ke Lahore selepas menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertemuan pertama pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail muncul wira negara apabila masing-masing menjaringkan gol seawal minit ketiga dan keempat waktu tambahan separuh masa pertama.

Perlawanan timbal balik pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Punjab, Lahore pada 9 Mac depan.

Beraksi di depan 7,000 penyokong, skuad Olimpik negara yang bermula garang tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi sepakan luar kotak penalti oleh pemain tengah Wan Zaharulnizam, yang berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohamad Fandi Othman seawal minit ketiga, menewaskan penjaga gol Pakistan Yousof Ejaz Butt.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kecoh apabila pemain Pakistan, Ansar Abbas diperintah keluar padang oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man apabila sengaja menyiku muka Khairul Fahmi Che Mat ketika penjaga gol Malaysia itu menangkap kemas bola pada waktu kecederaan separuh masa pertama.

Skuad anak didik Ong Kim Swee nyata mengambil peluang daripada skuad Pakistan yang bermain 10 orang apabila Mohd Irfan tidak mensia-siakan hantaran lintang sebelah kiri gawang gol lawan oleh Wan Zaharulnizam pada waktu tambahan separuh masa pertama bagi menghukum kelemahan barisan pertahanan Pakistan sebelum wisel ditiup.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, jurulatih Pakistan Tariq Lutfi membuat sedikit pertukaran pada separuh masa kedua, dengan menggantikan Yousof, yang bermain untuk sebuah kelab di Denmark, dengan penjaga gol kedua, Muhammad bagi memperkemas gawang gol.

Malaysia yang mengawal permainan, hampir menjaringkan gol seterusnya apabila mendapat beberapa peluang menarik di depan gawang gol Pakistan, namun Muhammad bijak menangkis serangan bertali arus pasukan tuan rumah.

Skuad negara bawah 23 tahun terus menggandakan asakan demi mencari jaringan gol, namun kekebalan gawang gol Pakistan pada babak kedua nyata menutup peluang skuad negara hingga tamat permainan.

Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir Sukan Olimpik Munich 1972, iaitu 39 tahun lalu, dan lapan tahun kemudian, negara sekali lagi melakar sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun tidak mengambil bahagian atas faktor politik (iaitu membantah pencerobohan Soviet Union terhadap Afganistan).

Sumbangan Dana Jentera PRK Kerdau diperlukan


Sumbangan Ikhlas Diperlukan untuk DANA PRK KERDAU:

AKAUN PERHUBUNGAN PAS PAHANG : 


-BIMB (06-02-80-10-00-00-76)
-MAYBANK: (55-60-57-20-18-47)

SMSKAN Maklumat sumbangan anda ke dengan menaip:
PRK Kerdau Nama Bank Jumlah Tarikh ke 013-9008480

JAZAKALLAH!

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia Vs Pakistan Malam nie....




                   Malam ini Skuad Olimpik Negara akan turun menentan Pakistan untuk kelayakan Sukan Olimpik 2012 di London tahun depan.Berdasarkan prestasi semasa skuad bola sepak negara ketika ini,ramai yang yakin tidak mustahil Malaysia akan layak ke Olimpik.

                Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Sepetang sudah tentu menyokong penuh Skuad Olimpik Negara ini.Semoga Malaysia berjaya menewaskan Pakistan malam ini.

               Bagi peminat Bola Sepak Negara yang tidak berkempatan ke Stadium Shah Alam malam ini,Astro Arena ada menyediakan siaran langsung pelawanan ini.

Ceramah Terbaru Setiausaha Agung PKR-Isu Liwat Saiful



Monday, February 21, 2011

Ceramah Terbaru Tok Guru Nik Aziz

                                  
                                 Ikuti Ceramah Terbaru Tok Guru Nik Aziz.

Wednesday, February 16, 2011

Kuala Sepetang




          Kuala Sepetang merupakan nama asal bagi Port Weld. Kuala Sepetang adalah nama rasmi yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping.
         Tempat yang berhampiran dengannya ialah Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau yang sangat luas. Hutan paya bakau ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang.

Asal Unsul Nama

         Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk Barat. Sinar merah suria di titik horizaon selat melaka boleh menimbulkan nostagia kepada sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya.
          Kuala Sepetang kemudian ditukar nama kepada Port Weld. Menjadi kelaziman pegawai British untuk menamakan sesuatu tempat, bangunan dan jalan raya mengunakan nama sahabat-sahabat mereka dari British. Nama 'Weld' diambil daripada nama Sir Frederick Weld yang telah tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur Taiping sebagai ibu negeri Perak. Ini termasuklah jalan raya, kegiatan industri, perlombongan, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Nama beliau turut diabadikan pada Jalan Weld Road (Jalan Raja Chulan) di Kuala Lumpur. Upper Weld Road di Singapura dan Weld Quay di Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Bridport, Dorset, England pada 9 Mei 1823 dan meninggal dunia di Chideok, New Zealand pada 20 Julai, 1891.

Salam Maulidur Rasul

Thursday, February 10, 2011

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

          Berhampiran dengan Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Sepetang ini terdapat Gerai Mee Udang yang bernama Gerai Mak Jah.Gerai ini sering dikunjunggi pelangan-pelangan dari jauh dan dekat.sesiapa yang pernah makan di Gerai Mee Udang Mak Jah ini pasti sukar melupakan keenakkan masakkan gerai ini.


         Sila lihat gambar-gambar dibawah ini pasti anda tidak sabar-sabar untuk datang ke Gerai Mak Jah ini.



                                                   
                                        




                                           
                                                 




                                    

                                
                                         
                                   

                                                 

                                          
                       Ayuh! Jom kita ramai-ramai ke gerai MAK JAH di Kuala Sepetang.Sila nikmati mee udang Mak jah yang enak ini, udang betul-betul segar dari laut. Belum cuba belum tau. Kalau sudah makan sepinggan, mesti nak lagi.

Rumah Terbuka Adun Kuala Sepetang



                Semalam bertempat di Tokong Cina yang berhampiran dengan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Adun Kuala Sepetang dan Parlimen Bukit Gantang sempena sambutan tahun cina.

                Program anjuran bersama ini telah menarik ramai penduduk sekitar untuk hadir pada majlis ini.Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Antara pemimpin yang hadir ialah Adun Kuala Kurau YB Yunus,Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Bong Chai,Ketua Cabang PKR Bkt Gantang,Pengerusi Pimpinan Negeri Perak PKR Dr Nur Manuty dan beberapa lagi pemimpin.

Selamat Tahun Baru Cina

Wednesday, February 9, 2011

Rumah Terbuka Chinise New Year Adun Kuala Sepetang

十八丁区州议员戴成银主办2011
‘天公保庇’团拜之夜 

日期:2011210日(正月年初八)
时间:傍晚7时至9
地点:十八丁新芭玄天上帝庙礼堂



出席嘉宾如下:
李文材医生-务边区州议员
郑立慷-迪遮区州议员
陈敏凯-新板波赖区州议员
尤努斯-古楼区州议员
柯沙文-半港区州议员
拿督斯里尼查-BUKIT GANTANG 国会议员
余兆佳律师-保阁亚三区州议员
姚天和-后廊区州议员